Adab Makan Kaum Melayu



~ADAB MAKAN KAUM MELAYU~

By: Vicky Aerickson N.

PENGENALAN

~ Orang Melayu zaman dahulu amat mementingkan adab sopan santun makan di rumah atau majlis-majlis keramaian.
~ Tujuannya sebagai pengajaran dan untuk menjaga sopan santun orang Melayu.
~ Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan.
~ Contohnya:
Dilarang tidur selepas makan.
• Maksudnya adalah untuk pendidikan dan kesihatan.

ETIKA KETIKA MAKAN CARA MELAYU

~ Kebiasaanya, lelaki duduk bersila dan perempuan duduk bersimpuh.
~ Sebelum dan selepas makan, tangan dicuci terlebih dahulu
~ Baca doa sebelum mula makan.
~ Makan menggunakan hujung jari kanan.
~ Lauk pauk diambil menggunakan sudu dengan tangan 
kiri.

CONTOH GAMBAR KETIKA MAKAN:








SETERUSNYA…

~ Semasa menghulur atau menyambut makanan, seelok- eloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.
~ Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.
~ Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berbunyi ketika menyenduk.
~ Ketika makan tidak boleh bercakap-cakap.

SAMBUNGAN:

~ Jika bercakap pun, pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh menganggu selera makan orang lain
~ Jangan makan berbunyi.
~ Ketika orang lain sedang makan, janganlah menghembus hingus, berkahak atau berludah dengan kuat.
~ Jangan makan terlalu kenyang.

ADAB SETELAH SELESAI MAKAN:

~ Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan.
~ Tidak sopan jika mengemas ketika orang masih makan.
~ Jangan pergi ke rumah orang ketika waktu Maghrib. Ini menganggu tuan rumah kerana dia hanya memasak makanan yang secukupnya untuk ahli keluargannya sahaja.

ADAB KETIKA BERKUNJUNG KE RUMAH:

~ Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan menghidangkan makanan dan minuman, janganlah menolaknya.
~ Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian barulah diikut oleh golongan muda.
~ Anak gadis dikehendaki menyenduk nasi dalam pinggan orang yang lebih tua.

PANTANG LARANG BERKAITAN MAKAN:

• Makan mencangkung payah dapat rezeki.
• Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
• Makan sambil berjalan akan sakit perut.
•Tidur selepas makan perut akan jadi buncit.
• Makan tidak basuh pinggan nanti susah dapat menantu.
• Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
• Makan beras mentah dapat penyakit kuning.

POSTER TENTANG ADAB MAKAN:
 
      
     





Ditulis dan diterbitkan oleh: Vicky Aerickson N.
Subjek: Pendidikan Moral Tingkatan 3
Tarikh: 26 Oktober 2022 ( 6:50 AM )







          





















Comments